amer1!!

amer1!!



Foto saya
Aku budak skulah rendah.. huhu prasan je tue.. tak caye?? cube korang tanye ape itu cinta?? jwpan aku urmm satu belon bentuk hati yg berisi air.. haha..aku ske ape sje yg meng-epykn diri aku... xkire ngumpat owg ker, kianat ke,mncuri ker.. pape sje yg bley buat aku ase bebas.. tapi contoh2 tu aku ckp je.. takkan buat pon.huhu.. stiap ari aku bangun pg ngadap cermin aku tringat david beckham.. korang tau tak knapa?? aku tak kate pon aku cam beliau tapi hard to say ar,,,heheh. ramai orang emang tak puas ati ngan aku! diorang kate aku ni ade pnyakit sebab aku terlalu baek.. aku taktau nak buat camner... sebab ianye dari aku lahir dah emang gitu.. sejak azali... mungkin dah kturunan kowt. huhu.

fooollower

Rabu, 15 Disember 2010

Janet & John

JANET & JOHN Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet. Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya. Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk. Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, “John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api. “Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Janet.John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan. “Sekarang, buka kasut but ku.”John buat, perlahan sekali. “Buka, setokin ku..”Dia buat juga. “Sekarang, buka skirt ku.”Dia buat juga. “Sekarang buka coliku.”Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh. “Sekarang….buka seluar dalamku…”Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya. Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata… “Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.” Hahahah… apa yg korang pikir tu hah? otak kotor ek..? dipetik dari Lawakjenaka.blogspot.com

Surat putus cinta untuk kekasih

dipetik dari lawakjenaka.blogspot.com
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya… Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya….hehehehe
Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!! My Friend speak you play three wood. Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……
From Tijah

Ahad, 5 Disember 2010

Lawan Fighter India macam gi perang

Nak Kongsi - Assalamualaikum korang.. terlebih dahulu aku nak ucap sorry kat korang sebab lama aku tak update blog ni,bukan tak penting tapi masalah teknikal berhadapan dengan diriku. hadow..
OK.. Baru2 ni aku baru je balik dari Kejohanan Taekwondo Jemputan Hulu Selangor kali ke 2. Aku selitkan cerita ni dalam blog ni sebab bagi aku sangat menarik( tak mana pun tapi nak update punya pasal) huhu. Aku intro dulu post kali ni, Okey first nak bagitau semasa dalam perjalanan paling menyeksa tuk diriku. saket pinggang dibuatnye. sejuk ketar tak terkata. tapi apa nak buat, lagipun menda yang dah berlalu. aku plak pakai kasut kakak ku yang agak ketat.hihi. dan tak kena masa kaki ku sakit2 je sebab baru je baik selepas mengurut. kecoh betul.
Aku sekarang dah kategori tuutt mengikut berat kilogram aku iaitu tuutt. Tajuk yang aku siar tu tak dapat la aku nak terang dengan lebih detail tapi masa kat tournament taekwondo tu, first round aku sparring berlawan dengan warga india yang jauh lebih pendek dariku, tipu je. dia tinggi sangat cam girafah. nak tengok kepala dia pun aku kena dongak. aku menganga due tika saat. terkejut pun ade tapi dah last minute kat gelangang tu baru aku prasan dengan mamat tu so dah takde guna aku terpaksa lawan. tak logik betul mamat tu sama weight dengan aku adoyai. masa lawan, kitowang berbalas kick, dia sepak aku, aku sepak dye cam orang takde pasaan cewah. dia asyik nak sepak kepala aku,mentang2 aku tak sampai. zuss shortcut citer....,pape hal aku menang sebab kepakaran skill aku. (hadow nak bagitau gak tu.)berlagak kejap.haha. second round aku menang lawan china punya olang. last aku lawan fighter kelab sendiri punya tapi aku gugur. tak kesah sebab tetap dapat memikul pingat perak. bersyukur terhadap illahi sebab jauhkan aku dari bencana masa tournament tu. alhamdulillah.insaf... Aku special kan sal citer mamat india tu sebab dia la buat aku seksa sepanjang hari sebab dia dah sepak sesuatu yang amat berharga terhadap diriku.huhuhu saket wooo. n nak bagitau jugak dia tak puas hati dengan aku tak tau ape sebab siap tepis tangan aku masa nak salam. ko apehal?huhu ape salah aku? ko yang sepak aku punye tuutt ..huhu. Aku mintak maaf korang sebab takde gambar mamat india tu yang lawan dengan aku tapi letak la sedikit kurang gambar aku and kenkawan kat sana erk. :p thanx kenkawan yang support aku. selipar aku hilang...huhuhu.epy time~

Khamis, 18 November 2010

Kerja KOSONG bila free

Assalamualaikum semua, korang sihat ke tidak? jaga la kesihatan korang yerp.
AMARAN : Okay post kali ini tak ada la besar mana pun isu yang diketengahkan tapi memang sebelum ni post2 aku tak ada apa2 sebab korang tau la kan dah singgah ke blog aku ni memang buang mase korang sebab blog aku yang tiada apa2 yang bermanfaat tuk korang sekadar nak hepy2 bley lah. Tapi aku tak cakap semua orang, sesetengah je.haha. dah aku cakap camni, tak minat tu sila2 lah KELUAR dari laman sosial ini.
Sambung Topik!!
Korang pernah sedar tak bila kipas berpusing, angin pun ada. okay gurau je, Apa yang aku nak bicarakan pada post kali ini ialah apa kebenda yang tidak bermakna,berfaedah yang korang suka buat,lakukan, amalkan bila korang dah ada waktu yang very2 lapang? Tapi kalau dah aktiviti yang terok2,kotor2, 18sx tu tak perlulah korang kongsikan ya. jangan bagitau aku sebab page aku ni page budak2 kecik,tadika yang visit. korang andaikan sendiri tak perlu diberitahu sebab maruah korang, korang la jaga ye. *gambar kat atas tu contoh2 yang aku boleh tunjukkan kat korang bagaimana reaksi manusia apabila menghadapi saat2 yang cam dah diceritakan kat atas ayat yang ini.huhu hidup ini penuh dugaan.. ni la perkara yang aku suka buat bila takde apa2 nak buat time free. nak study tu dah malas.huhu. Tapi kadang2 rajin gak - Ayat cover.so korang kena abaikan kenapa aku letak pics ni ok. (suka2 only)

-Click the image if you want to see more bigger- Teruskan apa yang korang suka buat asal maju la diri korang tu jangan sampai terpesong sebab benda yang boleh membazirkan masa itu kalau korang amalkan, haram,yang kadang2 korang suka buat,adalah makruh. So fikirkanlah gemana yang betul,salah,benar dan tepat. ok tata.. sory kat korang aku lambat update. I lost my head for a while.ngee.. :p - www.davedays.com - check out the new videos.

Selasa, 16 November 2010

Jumpa emas kuning kat GIANT MALL

Shopping time..
Wau sempena Cuti Sekolah ini, aku terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kat korang wahai pendatang asing ke blog aku ni yang serba kekurangan,so korang jangan komen pape ya.Korban jangan tak korban. aku nak karang or kongsi aritu aku dengan kakak tercinta cewah, kakak aku ni tua dah.Kahwin dah kot.haha. lawat blog dye - Nurhani Azlan. Aku aritu pergi shopping dengan dye.. tak patut disebut dengan perkataan tu pun sebab actually kitowang takde la beli2, cuma ingin melangkah kaki untuk mencecah dunia seperti insan biasa juga yang ingin melihat dan mengikuti perkembangan dunia luar. maksud dari ayat aku yang panjang bermeter2 ni ialah tak nak duduk terperap je dalam home sweet home aku at 'Bandar' Gong Badak.. Cewah.
Sebelum itu terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada budak baek tu name dye people biasa panggil 'Amer'. sebab dye dah dewasa kerana mempunyai lesen B2. pasni lesen B k.
Pastikan kasi motor besar2 punye ye.hahaha bukan untuk membangga diri, bukan tuk memperbesarkan diri. bangge diri lame2 makan diri laq kan. tapi cuma ingin berkongsi dengan korang yang aku dah ley pergi rumah korang raya ni or tahun depan insyaallah. (friends only ya). Pasal ni, jangan marah,jangan menyampah, lau menyampah jugak sila get lost from my blog. I dont care. haha dah marah dah ni. Ok balek topik awal tadi, aku masa pergi makan angin, aku tetap enjoy. ooh ya, aku terjumpe kawan aku name dye Mira (nah aku kasi facebook dye)haha. aku taknak berkarang panjang so aku cuma bley pamer gambar seksi eh silap2, gambar me n my sister at tuutt mall. Ohh ya, pasal tajuk post kali ni, memang la lelebih yoyo oll je kan aku memang sengaja bab nak korang baca post aku lau korang tak keberatan tapi ape2pun 'emas' kuning yang dimaksudkan tu adalah jam tangan yang takde la brand mane tapi aku anggap branded punyer la. so aku 'jumpe' tu aku beli la. (lihat di tangan aku at gambar,atas) :p *korang nak tau?, kakak kat jual baju tu marah bab aku maen test2 baju tapi tak beli.haha

Selasa, 9 November 2010

pembohongan

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Isnin, 8 November 2010

Hujung minggu dengan HANTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, indah murni,indah khabar.. rupa yang diusik tetap tidak berganjak..
Cerita kali ni sebenarnye tak ada la berkait mana dengan tajuk yang aku beri tu tapi akan ku kaitkan juga tajuk tu dengan post kali ni. - aku buatkan short story berdasarkan kisah sebenar...
Chapter 1
Selepas subuh, handphone aku berdering. kenape? ooo tak ingat yang aku set semalam sebab nak bangun awal. aku nak keluar pagi ni nak pergi bandar sebab kawan2 aku yang kelas sebelah ajak. bukan kelas aku, tapi kelas tepi kelas aku. ready awal sebab nak berhiaskan diri. kekemasan perlu ada pada sorang yang ingin berwatakan gentle. well..haha. sambung citer,plan ni dah dirancang dari awal2. tapi sebab cuaca yang tak menentu, minggu yang bertembung dengan exam,so kitowang lewatkan tarikh ni tapi takpe,asal berlangsung cam yang nak. bila dah siapkan diri, aku pun bertolak la ke bandar sorang diri dengan berkeadaan yang bersederhana maksud aku dari segi kewangan duit poket aku masa tu.haha.
Chapter 2
Bila aku dah sampai tengah kota, memang first cari tempat bertembung sesama masing2 so kitowang pilih satu mall tuk jadikan tempat pertemuan. cewah macam kelab2,pertubuhan something jew ni tapi kitowang cuma kawan yang tak berupa di mata dunia. kitowang dalam 5,6 orang bertemu kat pusat shopping. setiap orang tu alar nak kata, macam nak pergi set pergambaran je dari segi pakaian tu. bergaye punye lebih. haha. erm pastu dah termenung due 3 tika saat, kitowang pergi la lepak kat mane tempat yang boleh duduk n sembang. order la air sementara termenung. sembang tu sembang tapi apa yang menarik bila sembang kitowang dah dicampur dengan gosip2,kritik2,puji2 orang yang lalu lalang depan kitowang.haha pelbagai spesies tuk dikaji mase tu. yang begitu, begini pun ade..tak lupe juga tuk ganggu para mat sotong. awek2 yang menjolok mata kitowang ni dah dosakan kitowang.haha (padahal mata sorang2 cam spotlight duk skodeng). Nak buat macam mane bila di tahap kebosanan, itulah kerja saya, eh kerja kami.huhu.Bila dah berkaraoke, makan western food bersama2 tuk tambah energy n naekkan duet kitowang, buat Shuffle n tecktonic (tarian jalanan) dah sampai masanya aku balek sebab letih jugak jalan seharian.
Chapter 3
Bila dah bersalaman, kitowang pun mula la lambaikan tangan menandakan tanda 'ambat' ( halau ). dalam perjalanan balek tu,hari dari mendung petang, bertukar la menjadi sedikit kegelapan. Aku balek tu dalam kereta. yang dipandu oleh pemandu tetap aku iaitu my sister.haha. erm sebelum sampai umah, perasaan aku kian merundah2, seakan2 merasa sesuatu yang tidak kena ditempatnya. aku menengok disebelah aku iaitu di seat driver sedang kakak ku yang tidak menyedari apa2 kerana khusyuknya dye dengan bahan ditelinganya yang sentiasa melekat iaitu earphone yang asyik berkumandang lagu2 korea. entah ape yang special entah lagu2 korean ni. padahal lagu industri tanah air kita lagi bagus dan bermutu. Beli dan Sokonglah Barangan Malaysia. cewah.haha. sambung story, keadaan aku tidak ingin berkata2 apa pada ketika itu kerana kehausan penat. bila dah sampai di perumahan berhampiran dengan rumahku syurgaku, aku merasakan lagi sesuatu yang tidak kena. keadaan ku mula gusah. aku berpeluh di dalam air-cond. aku pucat. aku berasa sangat berdebar. hatiku begitu kencam dengan denyutan jantung yang berbunyi dup dap dup dap beratus2 kali. suasana pula begitu gelap sehingga tidakkan ternampak bayangan bintang disebalek awan yg berkepul2. kabus pula melelapkan mataku yang rabun ni. aku merasa seperti sesuatu membisikkan kepada diriku. ternampak juga bayangan putih di sudut perumahan yang gelap mukenya dan melambai2 kepada ku. apabila sampai di rumah, aku terus berlari meninggalkan kereta dan kakakku. inginku selamatkan diri sahaja daripada sesuatu yang membuatkan aku berasa sangat tidak kena. mungkin aku tidaklah seperti lelaki gagah dan sejati . adakah ianya gangguan makhluk halus? syaitan? jin? tanpa memikirkan masa depan, aku meneruskan perjalanan (ayat nabil) ke dalam rumah. Tiba2!!.......................................................
Hajatku untuk menyelamatkan diri daripada sesuatu yang menggerunkan diriku telah berjaya!! dengan satu langkah seribu dan tekan suis lampu, aku berjaya masuk ke jamban dengan masa yang tinggal cuma nyawa2 ikan sebelum meletus. Segalanya telah berakhir disitu. masa depan aku berjaya diselamatkan dengan satu tarikan flush jamban. perasaan semua itu telah hilang bila aku dah lepaskan semuanye di dalam lubang jamban.hahahahahahaha. leganye...................... :p
seram tak kisahku ini????
*aku banyak reka,edit,dan tambah citer ni. so korang jangan marah ye. :)
TAMAT

Jumaat, 5 November 2010

Perginya seorang kawan baek. bye2.. :p

intro : Kali ni aku taip kat blog ni sempena akhir tahun ni, aku nak kongsi kat korang tentang aku terhadap KOMSTAR ( Smk Kompleks Seberang Takir). ape yang aku nak bagitau?, selama aku duduki Komstar selama 4 tahun,kelas yang sama aku duduki, aku ade kawan. Laki la. tak main pompuan2. dye dah nak pindah sekolah. atas alasan dan sebab yang tak boleh dielak iaitu pasal family dye. 4 tahun kami sekelas berjuang dengan dye, tempuh dugaan bersama, hepy ceria bersama, makan kat kantin, n selebihnya. Tapi apa nak buat? dah takdir..
about him : anyway, dye merupakan leader kelas kami iaitu sebagai KETUA KELAS dari form 1 Arif,2 Arif,3 Arif n 4 Arif. Lagi satu tahun tak cukup untuk sempurnakan zaman sekolah menengah kami. Jawatan ketua kelas tu mungkin korang pembaca anggap tak penting mane tapi bagi kami, jawatan tu merupakan satu jawatan yang banyak memikul beban tekanan dan satu pengorbanan yang besar dari segi masa yang pelu diluang untuk ketua kelas ni, dan psikologi jugak kalau anak buah buat hal cam berak lam kelas.( tak pernah dibuat lagi.) nak tahu detail pasal budak ni, pergi ke websitenye lau ade. cewah nak promote.
Tugasnya : Dye la pemegang amanah yang sangat penting dalam membentuk pelajar yang sihat dari segi pelajaran dan disiplin, iaitu mencatat kehadiran pelajar, mengutip cukai kelas kami, membelebelkan kami sekelas,huhu, memang sedih sebab tahun ni, 2010 tak ada jamuan untuk menyambut kepergian ko (laen macam bunyi,haha) tapi nasib baek ade lagi jamuan laen seperti yang dianjur oleh Badan Koperasi sekolah.
terima kasih tak terhingga tuk engko wahai captain kami sekelas tak sempat nak balas jasa ko, tapi sempat lagi la insyaallah sempat balas salam ko.. sambung balik, dye macam hero bagi kami.huhu
Gud Luck untuk exam ko nanti yew. Telemong pun Telemong la.. Janji rock. (Telemong ade line untuk calling tak? haha)
Para Blogger 4 Arif actually pakat nak karang sal ko kat blog pik eay..haha. erm aku n rara minami je asenye.
- Aku karang semua ni dalam bentuk yang skema yang merangsangkan pemikiran aku dengan dunia luar. Malu siot tapi tuk ko terpaksa jelar.. haha.. Click here to see his profile but only on Facebook. Sory ya.. :p -

Ahad, 31 Oktober 2010

Surat untuk Kawan Sedunia

Assalamualaikum,Hello.... :)
Rasa janggal sikit tulis surat ni coz tulis kat korang,para sahabat, pembaca and zaman lapok buat surat2 cenggini tapi tak kisah pun.. Peduli ape kan? Awak dah beli baju baru ke belum? kuih buat ke beli tahun ni?Saya nak mintak maaf banyak2 ok coz selalu buat awk marah, terkilan.. atau apa saje yang patot dimintak maaf. dari kuku kaki yang ade sisa2 bakteria cam kudis ke,bernanah ke, taek kuku ke..huhu.. sampai hujung rambut kepala. Tupon kalau tak botak la. ley tak awk maafkan sy? janganla sombong gitu.. malu sy ni awk buat.. sy habes skema da ni karang surat cenggini..haha.. Tapi takpe coz realiti i no way la jadi cenggini. lau jadi pun pe salahnye op? dan mase tu erm bla..bla..bla.. (sebenarnye tak tau nak tanye ape..hehehe) Sempena hari yang bermakne ni, sy bagi awk satu hadiah special okey? awk nak ape bagitau jewp.. tapi tak lebih dari RM10 tau.. haha. Ok lah sampai sini je nak karang surat ni. Ape2 pun Selamat Menyambut Hari Berkawan Sedunia.. Semoga kekal sampai bile2 erk.. abaikan istilah kawan biar seribu sebab awk kena kawan sy sorang jep..haha.. Gud luck exam lam hidup taw. :p
*buat surat ni tuk korang para sahabat aku, yang bakal jadi sahabat aku.. haphap epy slalu..
*dipetik dan di edit dari surat kawan kepada kawan aku.. trimas engko... tak payah susah2 aku nak buat ayat.. :P

Selasa, 21 September 2010

21/9/2010

21 bulan 9, tahun 2010 memang satu tarikh,hari,situasi yang amat menyaketkan hati aku, yang jatuhkan aku,yang macam ada orang curah bara kat hati aku. aku mungkin akan mengalirkan air mata tuk saat pada hari tersebut tapi penghujungnye yang aku citer kat korang lam blog ni takkan aku bagitau. Yang cukup2 perit dalam hidup aku setakat ni. Aku sangat2 menghargai ape yang pihak tertentu tu dah buat kat aku,tapi takpe,nasi da jadi bubur,tetap arap korang yang tertentu tu hidup bahagie. aku maafkan korang yang tertentu tu tapi bukan tuk waktu skang,esok,luse, minggu depan ataupun tahon depan tapi memang mungkin tuk aku maafkan korang yang dah diklasifikasikan oleh aku cop mukew tak kenang budi dan jasa satu hari nanti. Bukan tuk menghebohkan,mengkecohkan keadaan, memperbesarkan situasi tu tapi endah tak endah nak lepas kat sini . Tekanan jiwe! - Tertanye2 tak pe problem aku ni sampai dah blebel sorang diri? sume ley jadi. masalah peribadi,masalah family,masalah cinta, masalah kewangan, masalah pembelajaran(konon2 jew),and jugak masalah antara KAWAN. Semuanya mungkin tapi takkan ku bocorkan kerna mau tak mau nak pendam dalam hati ini yang cuba untuk tingkatkan dengan penuh kesabaran dengan pertolongan yg Maha Esa iaitu dengan doaku yang dipinta dan ketakwaanku yang dipasrah olehnye.. ape ayat aku ni tunggang langgang... T_T
*-Aku guna "korang yang tertentu" tu tuk mewakili pihak yang terlibat ngan problem aku.
-sori lau ade yang tersinggung tu.. tanak cari gaduh... :p

Khamis, 16 September 2010

Cuti raya dah TAMAT/ Gud luck tuk student UPSR dan PMR

Hye korang..
Memang lambat aku nak blogging kalau kepala kusut takde idea,topik nak diblogkan,tapi takpe,kali ni gabung saje 3 topik dalam satu post.. camner cantek>? (jimat mase aku T_T) terlambat aku nak bagitau kat korang cuti skolah n cuti raya seminggu due sebelum ni banyak beri aku pengalaman menarik n tak menarik.. (cewah ayat..) berlagak kan? urm cuti dah nak abis tuk student menengah atas,
menengah rendah,yang IPTnye aku tak tau.. baru2 ni aku rase cuti tamat cam dah tamat hidup aku.. haha gurau je. bukan ape,malas punye pasal nak pergi sekolah.. Aku nak ucap Gud Luck kepada student bUdak kecik yang bakal nak hadapi ujian UPSR,kepada pelajar ting.3 yang nak duduki exam PMR.. walaupun aku takde adek2,anak2 yang nak ambek ujian pada tahun ini, tetap mahu mendoakan kejayaan kepada student yang nak exam. bukan pe, kite kena la tingkatkan ilmu untuk kemajuan negara Malaysia. (cewah ayat). Cakap pasal kemajuan negara,lupe pula tentang hari yang penuh bersejarah dalam negara kite, iaitu 16 september. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam arus yang aman dari penjajah luar. Kekalkan la bangsa yang penuh bermaruah untuk mempertahankan tanah air..(cewaH ayat).
SAMBUNGNYE story time cuti raya
Macam aku bagitau,banyak pengalaman menarik n tak menarik berlaku kat aku mase cuti raye. tapi kebanyakannye takde la berbeza mane dengan raya sebelum ni,maksud aku,memang adat raya keluarga aku balek kampung time raya sampai raye last pun ade.haha tipu je. memang takde peluang la nak buat rumah terbuka kat Rumahku,Syurgaku.. tapi tak nyesal,tak terluka pasal sebelum raya macam2 dah buat seperti kemas rumah semata2 nak beraya. alar bukan la nak lelebih nak beraya tapi nak la kelainan sket n tambahkan keceriaan lagi tuk aidilfitri taon ni,ape yang diubah?? ikotkan family aku,cume langsir jew yang tukar tetapi aku berkate bagi pihak yang laen yang dah beli perabot baru,sofa baru,dapur baru,kereta baru,tahniah la kepada korang.. zakat bayar ke tak entah sblum tu.. huhu..
okey la taknak bagitau banyak n terlalu detail time aku beraye,nanti korang menyampah plak. aku pun dah menyampah tulis sal ni tapi terpaksa.. konon2.. Cukup la aku tulis dalam diary aku jew kisah lagenda hidup aku tak penuh,tak kurang dengan pengembaraan melepasi cabaran hidup yang penuh dugaan..( cewah ayat).
*aku letak cewah ayat cepat2 taknak bagi korang anggap aku syok sendiri..hahaha
Sebelum tu singgah laman web ini www.davedays.com

Rabu, 8 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aildiftri

Lirik lagu raya -
Selamat,hari raya,
kepada anda smue para blogger..
pabila anda membaca,
mulakan lah dengan ayat bismillah....(bismillahirahmanirrahim)
Kepada sahabat,sedara,bulan mulia iaitu ramadhan sudah berakhir.. tibe pula bulan syawal. terbitnye hari raya.. hari yang mulia. hari bertemu sedara atau ibubapa di kampung. hari tuk kite bermaafan,kutip duet raya(bagi yang mampu sahaja),tunjuk baju baru,kereta baru harta benda baru kepada sepupu,adek bradek.. Masing2 bersaing nak buat jelez sesama mereka,takpe tu takpe asal jangan bergadoh sudah.. Amai jugak yang ambek kesempatan bila tiba hari yang indah berseri ni.. so hendakle pula kite berhati2 dengan ape jua perkara.. Kepada insan yang mahu pulang ke kampung pada hari yang mulia ni yang memandu,menunggang,menumpang,sila berhati2.. jangan lalai dengan angan2 mase raya.. jangan lalai dengan lagu2 raya yang berkumandang kat radioyg tak abeh2 duk ulang2 lagu same...maut dimana2.. ~berhati2 di jalan raya,nyawa anda terjaga - pesanan Ops! sikap..~ mintak maaf zahir batin kepada korang.. yang aku kenal,yang aku tak berapa ingat kenal ke tak dan yang aku tak kenal langsong..

Selasa, 31 Ogos 2010

Dave Days

Kalau korang ada mase lapang yang ase nk buat aktiviti takde faedah korang ley luang dengan
layan laman web video popular iaitu Youtube.com. korang dah bosan dengan video yang selalu korang tengok? cuba layan video atau listen Dave Days mp3's.. see his parody videos..
Dave Days
2 Girls 1 Cup,7 Things,8 Years Apart,Burnin’ Up Miley,
Chocolate Rain,Get Out Of My Head Miley,If I Were A Girl,I'm Just A Baby,
I Got A Crush On Hilary Clinton,Lollipop,Love Story,Miley I Can’t Wait To See You,
No One (Alicia Keys Rock Remix),Pervert and more..

Sabtu, 28 Ogos 2010

Slot Kemerdekaan

Ni semua antara gambar kelas2 at Komstar termasuk kelas aku sendiri. Semangat tu beb nak merdeka tapi
time exam hampeh blake sampai ada sekolah pun tak hadir,exam punye pasal. Pertandingan ni diadakan di sekolah kami.
Setiap kelas mewakili satu pasukan. Tema kemerdekaan juga dicampur aduk gak sket dengan tema Hari Raya Puasa coz alang2 dah dekat nak
raya kan. Ini bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan pada tahun ni selain memupuk semangat
'Kibarkan Gemilang' di setiap hati pelajar SMK Kompleks Seberang Takir. Yang menjadi johan lam pertandingan ni hadiahnye
takde la lumayan sangat tapi ego je lebih nak menang.. Nak bangga diri kot. Alar biasa la sifat natural humanity da kan.
- Semangat kemerdekaan perlu dipupuk di hati rakyat Malaysia tak kira tua muda,miskin kaya,bertujuan menghargai jasa2 para tokoh
negara kita yg telah menyumbang seribu bakti untuk memerdekakan negara Malaysia dari jajahan luar.
Kibarkan gemilang,semarakkan Kemerdekaan (Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia)

Selasa, 27 Julai 2010

Nick Jonas - Who I am

I want someone to love me for who I am
I want someone to need me
Is that so bad?
I want someone to love me
For who I am
Nothing makes sense, nothing makes sense anymore
Nothing is right, nothing is right when you're gone
I'm losing my breath, I'm losing my right to be wrong
I'm frightened to death, I'm frightened that I won't be strong
I want someone to love me
For who I am
I want someone to need me
Is that so bad?
I wanna break all the madness
but it's all I have
I want someone to love me
For who I am
I'm shaking it off, I'm shaking off all of the pain.
Breaking my heart, breaking my heart once again
I want someone to love me
for who I am
I want someone to need me
Is that so bad?I wanna break all the madness
But it's all I have
I want someone to love me
For who I am
I want someone to love me
For who I am
I want someone to love me
For who I am
I want someone to need me
Is that so bad?I wanna break all the madness
But it's all I have
I want someone to love me
For who I am
Yeah, who I am

Selasa, 6 Julai 2010

PARKOUR

PARKOUR
Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia.Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitarandari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse. David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang. Parkour merupakan satu aktiviti fizikal, dimana ia sukar untuk dikategorikan. Ia bukan satu sukan yang ekstrim,tetapi merupakan satu latihan atau pegerakan yang ada sedikit pertahanan diri.Mengikut kepada David Belle, aspek fizikal parkour ialah untuk melepasi halangan yang berada dilaluan semasa kecemasan.Sekiranya anda mahu bergerak dengan pelbagai cara, dengan sebarang gerakan, ia akan memberi anda keuntungan yang paling asas untuk seseorang/sesuatu sekiranya ia mahu melarikan diri dari ia, atau mengejar kepada ia. Jadi, bila berhadapan dengan seseorang, salah seorang akan bercakap, berlawan atau melarikan diri. Seperti seni bela diri, parkour merupakan satu bentuk latihan untuk terbang. Disebabkan ia sukar untuk dikategorikan, ia selalunya disebut "parkour ialah parkour".
Terdapat beberapa pergerakan yang dikenalpasti dahulu dalam parkour daripada gimnastik, dimana ia tidak mempunyai senarai pergerakan yang baik. Setiap halangan yang dihadapi oleh traceur menunjukkan satu cabaran yang unik, bagaimana mereka menyelesaikannya secara efisien, ini bergantung jenis tubuh badan mereka, kepantasan, dan kedudukan pendekatan/kemasukan, dan struktur fizikal badan dari halangan, dan sebagainya. Parkour ada hubungkait latihan untuk bertindakbalas kepada setiap halangan mengikut kesesuaian dengan teknik yang berkesan. Kerapnya, teknik tersebut tidak boleh dan tidak perlu dikumpulankan dan diberi satu nama. Dalam kebanyakan kes teknik parkour yang berkesan, ia bergantung pada berat badan dan penggunaan dari momentum kepada kepantasan pergerakan badan yang tampak susah dan sukar. Penggunaan tenaga dalam menyerapkannya untuk melakukan pergerakan seperti gulingan badan bila mendarat, dimana ia mengurangkan kesan impak pada kaki dan tulang belakang, yang mana membolehkan seorang traceur melompat dari tempat yang tinggi berbanding dari tempat yang dikatakan rasional untuk akrobatik dan gimnastik. Menurut David Belle,sekiranya mahu bergerak dalam pergerakan yang membantu untuk mendapat asas seperti ia mahu untuk melepaskan diri atau mengejar sesuatu. Juga, kemana juga pergi, pastinya ia boleh mendapatkan ia balik, sekiranya dari A ke B, ia perlu boleh balik dari B ke A, tetapi ia tidak semestinya dengan pegerakan yang sama atau passements. Walaubagaimanapun, banyak teknik asas yang penting untuk amatur/novis pada keserba-bolehan dan kebolehan mereka. Teknik yang paling penting adalah melompat dan mendarat. Gulingan juga ditekan sebagai asas penting perlu dipelajari dalam mengehadkan impak selepas melompat dan meneruskan momentum kehadapan. Banyak traceur menghadapi masalah sendi apabila melakukan lompatan dan gulingan yang salah.