amer1!!

amer1!!



Foto saya
Aku budak skulah rendah.. huhu prasan je tue.. tak caye?? cube korang tanye ape itu cinta?? jwpan aku urmm satu belon bentuk hati yg berisi air.. haha..aku ske ape sje yg meng-epykn diri aku... xkire ngumpat owg ker, kianat ke,mncuri ker.. pape sje yg bley buat aku ase bebas.. tapi contoh2 tu aku ckp je.. takkan buat pon.huhu.. stiap ari aku bangun pg ngadap cermin aku tringat david beckham.. korang tau tak knapa?? aku tak kate pon aku cam beliau tapi hard to say ar,,,heheh. ramai orang emang tak puas ati ngan aku! diorang kate aku ni ade pnyakit sebab aku terlalu baek.. aku taktau nak buat camner... sebab ianye dari aku lahir dah emang gitu.. sejak azali... mungkin dah kturunan kowt. huhu.

fooollower

Rabu, 16 Jun 2010

TAEKWONDO N AKU (kenangan)hakhak

Aku darjah 5 lepas dah berkhatan aku start masuk Persatuan Taekwondo Terengganu iaitu sukan mempertahankan diri n bla bla bla. Ikut abang n kakak masuk sebenarnye.. memang msuk memain sje2 ske2. mula2 memang takder minat mane pun taekwondo ni.masa white belt memang tak best. dihina low class la,macam2 lagi. naek darjah 6 dah naek kowt green belt tapi mase tu tahun nak UPSR so banyak gak la tinggal class petang taekwondo nie. ader skali tu berbulan2 tak pergi malas punyer pasal. satu sebab lagi,kakak dah mula abes form 5 so tak join lar lagi taekwondo. jadi takder semangat mane.. Dah naek menengah rendah form 1 baru la ader minat nak aktif lam sukan ni. Nak kumpul sijil punyer pasal gak.form 1 sampai form 3 memang banyak la gredding n masuk tournament. hampehnye satu pingat tak dapat tapi yang bestnye join bawah kelab World Taekwondo Federation (WTF) ni, iaitu bawah Sir Solehuddin. Banyak join aktiviti menarik seperti jogging kat pantai,aktiviti perkhemahan taekwondo kat tepi pantai sekali setahun. best banyak enjoy dari aktiviti.haha. Bayar yuran bulanan kelab ni lewat2 pun tak marah.haha bahagianye. Kenalan dari sekolah laen juga dapat banyak masa join kelab ni. makwe pun dapat(juz kidding) kalau aku serius dari awal lagi emang aku dah black belt cepat tapi masa form 3 dah naek red belt bersyukur.Masa tu jugak lar mari penyakit nak kumpul otot. entah kenapa
maybe aku tak matang lagi mase tu pahtu terpengaruh dengan citer2 seni pertahankan diri cam citer "Ong-Bak" tu. tau2 la kan body Tony Jaa camner. skang dah besar bagak body aku. apela nak jadi tapi trime je seadenye.(Sebenarnye nak perasan nie,haha) .Stress semase belajar taekwondo ni nak2 masa nak gredding.masa tu la kena ingat "Taegiuk". tak tau? alar macam bunga silat tu. satu movement hiasan dalam seni ni.nak naek black belt lagi pecah otak sebab kena ingat lagi banyak n kena fasih dalam pergerakan entah pape kick sume. tapi aku ambek kelas sains tulen lagi pecah otak nak2 addmath.hahaTakley lawan kan? OK.tapi aku masih bernyawa tu yang penting.Usaha pun penting baru berjaya.tak kata aku seorang yg berjaya. aku pun cam korang slalu berdepan problem tapi sebarang usaha yang kita lakukan pastinya akan menampakkan hasil tak kire sedikit atau banyak skurang-kurangnye kite bersyukur. tu la yang penting. adakah ini yang bermain di kepala anda?? - siapakah saya untuk menasihati? saya cume insan yang lemah yang berusaha melakukan amal makruf,nahi mungkar. nak tau selebihnya,check kat "About me" k.hehe
OK balik ke tajuk asal semula,tak nak citer mane pun sal aku coz tak penting ngan idop korang.. papepun,Sukan ni selain dapat menyihatkan tubuh n mentaliti anda, ianya dapat menambahkan pengalaman anda,ianya bagus juga untuk remaja yang masih bersekolah macam anda la misalnye dalam menyertai aktiviti positif seperti ini iaitu dapat meningkatkan prestasi anda di sekolah dari segi markah kokurikulum disamping menjadi jalan kedua tuk anda melanjutkan pelajaran jika prestasi kurikulum ada tak brape baek.Tak semestinye sukan ini,banyak lagi yang boleyh disertai. "Majulah Sukan untuk Negara Anda".haha iklan daripada Majlis Sukan Malaysia..

Khamis, 10 Jun 2010

AJAL KERETA KANCIL..

Citer ni dah lame berlaku tapi aku baru nak letak citer ni kat blog ni coz nak bagi problem ni reda dlu.. problem tu plak tak melibatkan korang tetapihal yang bkaitan JPJ,polis n juge family..So kena ambek cakna dalam menyebarkan citer ini.aku nak citer kat korang tak selesa sebab tu aku buat short story agar mudah tuk korang memahami. ok?
CHAPTER 1
Tersebut alkisah beberapa sahabat yang tak brape karib ingin ke kawasan perlancongan untuk menjalankan aktiviti riadah. hal ini berlaku di Los Angeles(bukan nama sebenar)Para sahabat ini yang bergerak dalam kelompok 5,6 orang kowt,baru lepasan student smk tutt.. alar,biasa la kan remaja enjoy sini sana lepas abes form 5 n tunggu result exam..kesah semasa aktiviti riadah diorang memang tak perlu di sensasikan sebab takder problem pun sal tu. yang menjadi lakaran sejarahnye ialah semase diowang dalam perjalanan nak balik.pemandu yang berhemah ini yang bernamaQifa (Bukan nama sebenar),lelaki,ingin membawa kereta seperti memandu dalam perlumbaan rally.dalam memandu melepasi batu ke batu,meter ke kilometer per saat, tanpa diduga,kereta mula bergerak ke posisi yang tidak diingini. keadaan kereta yang dipandu seperti pelagak ngeri memang betul2 blaku dalam keadaan mengerikan.pemandu dan para penumpang yang laen di dalam kereta tersebut yang juge merupakan para sahabat tidak lagi berasa cemas tetapi sudah memikirkan ajal maut yang bakal diowang akan hadapi.. ader yang menjerit, "tolong!!!","mak!!" dan ader juga yang mengucap sebanyak yang mampu. ini berlaku kerana kecekapan pemandu, keadaan jalan raya yang lembab dan licin, dan Tuhan yang ingin memberikan satu pengajaran. keadaan mereka ketika itu nun jauh berbeza semase diowang duk enjoy santai riadah. kereta mule berpusing menyebabkan atap kereta mencium tanah.. cermin tidak lagi retak tetapi terus pecah. enjin tidak lagi kelihatan normal.keadaan bumper depan tidak lagi merupai sebuah kenderaan tetapi berwajahkan belakang kuali. sungguh memilukan apabila keadaan itu tidak berakhir lagi, kereta terusmenjunam ke bawah bukit yang cume tinggi beberapa meter..
cHAPTER 2
Sungguh bernasib baik para sahabat ini kerana tuhan tidak lagi ingin mencabut nyawa dari jasad mereka. Juga kemalangan ini tidak melibatkan pemandu laen. Tuhan ingin memberikan pengajaran kepada mereka dan memberikan satu lagi peluang..sebarang kebakaran langsong tidak berlaku. kecederaan juga cume ringan2 sahaja. lewat malam kereta mula ditarik,. dan para sahabat ini balek dalam keadaan yang insaf,menyesal tak sudah. macam biasa kena blebel oleh parent diorang.tapi diorang tak buat hal pun,kne blebel jugak.hakhak tapi tak tau lar diowang sedar ke tak lagi. so moral value citer ni,korang jangan la terlebih enjoy sampai lupa diri,maruah, dunia dan yang penting,Allah S.W.T. syaitan tak pernah putus asa menyesatkan umat manusia. itu la pasal akidah n keimanan anda kena kuat dan kukuh agar perjalanan anda ke syurga dijamin kelak oleh tabung suci pahala anda. Jadi,marilah kita fikirkan dan renungkan sama2 akan hal ini.. Insyaallah dosa yang dmurkai oleh Allah yang pernah kita lakukan diampunkan olehNya.. Amin Ya Rabbal Alamin.
----TAMAT--------*cerita ini hanya untuk pengajaran,jika para mangsa tersinggung,terasa,maafkan la yerk.. hehe...

sPeech choir dapat tempat yg ke 3

Lama punye lama berkurun we all berlatih speech choir nie.. pelbagai usaha SMK Kompleks Seberang Takir tunjukkan untuk mencapai matlamat mendapat kejuaraan KTU dalam pertandingan ni.. we all telah jadi tuan rumah dalam pertandingan nie. skolah siap panggil jurulatih luar berbayaruntuk melatih we all tetapi rezeki takder.. tetap bersyukur terlebih dahulu kepada yang Maha Esa kerana mengurniakan kami tempat ke 3 dalam pertandingan ni..
Slot best memang ader sepanjang sesi berlatih speech choir tapi banyak jugak kenangan pahit campur cuka..ponteng kelas menjadi perkara biasa.. alasan memang gune speech choir ni jelar tak abes2.. semue cikgu we all naek angin tapi we all ade kuasa kbenaran pengetua... love u en.ZaMLi... hehe.. semase sesi berlatih,memang banyak duk lepak sembang2 angin dalam dewan.. ape yang bes tak payah masok kelas seharian tapi situasi tu lar bakal merosotkan lagi prestasi kkurikulum kami. camner pun we all duk asyik dengan hidup slamber,baru happy... time exam dah dekat baru la kami nak insaf.. ish3.. camner la nak maju ke depan erk.. sembang sal speech choir nie,geram gak coz ader ahli yang memain.. tu lar yang menyebabkan kitowang tak juara.. siapa punye pasal takley nak bagitau.arap sedar2 la orang tu erk.. siape makan cili,die la yang rasa pedasnye..ahli jahat tu dah la prasan.. hemsem n lawo sangat la aku nie.. dah la tu gosip.. tergugat plak nanti iman aku.. hahaha.(prasan lagi). thanks gak kepada kenkawan aku yang banyak menberi sumbangan kat aku dari segi penjagaan emosi,dan ilmu tunjuk ajar speech choir nie.
Pape pun arap KOMSTAR ley maju ke depan lagi.. same2 kite menaikkan dan mengharumkan name skolah SMK Kompleks Seberang Takir,Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman... ---END---

Jumaat, 4 Jun 2010

nASihat dari pakcik Arif Hanafi...

Nasihat pertama :
korang... jiwa korang kosong x?? lau ya,korang jgn bunuh diri sbb byk lagi korang boleh buat lam dunia nie taw.. korang bosan naek basikal tayar 3,try tayar 4... korang kn biase dengar Hidup ini hanya skali... korang nk enjoy boleyh.. tapi tolong ingt dunie n tuhan.. korang jangan tlalu enjoy sampai terpesong... syaitan x pernah putus asa merasuk umat manusie.. stop!! haha dari nasihat ke ajaran agama laq... nk bagitau aku ni bukan la baek cm korang tapi gitu la hakikatnye aku nk citer.. korang pkir la sdiri cam nabil duk ulang ayat 2 sampai aku naek dahaga kbosanan.... hidop biar enjoy tapi jgn lelebih taw... chaiyok!
Nasihat kedua :
Korang keje x lagi? korang nk maju x? korang faham x erti 1 malaysia? hidup bmuafakat? korang kne bykkan perasaan yg positif.. tabah bile bdepan dugaan.. lau korang jatouh, bangkit gune tangga.. tangga yg dmaksudkan ialah kerjasama sesama insan.. tak kire kawan,rakan,spejuangan,, haha.. APe yg penting?? TEAMWORK.. KEJESAME... tu je korang plukan... beres??i taknak bdepan dengan soseh yg panjang bab ayat gua pon becelaru ck korang ckp gk.. kalau korang boleyh bertindak sowg siri,itu bagus... perfect... tapi lau dah genetic ko tu lembab,(sori tkasar) korang kne la call somebody... call Bersamamu kew.. "HULURKAN TANGAN,RINGANKAN BEBAN... jangan hulurkan tangan,bagi selipar jepun plak... eh slipar Crocs..hehe..

BanD yg Ku Minati tahap low cRazy

HUJAN- Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers. Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff. Terkini, mereka baru manghabiskan konset jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" yang telah di adakan di seluruh negara. Jelajah itu di akhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke eropah setelah di undang bagi bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London. Ahli-ahli Noh - Pencipta Lagu & Penulis Lirik, Vokal , Gitar AG Coco - Gitar, Ambobzeela/Acer - Dram Dimas - Keyboard Izzat Auburn - Bes,Pengganti ------------------------------------------------------- bUnKfAcE Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window. Pembentukan Gambar promo undian Bunkface di Blast Off Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor, .Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, "Crazy Amanda Bunkface", yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Battle of the Bands anjuran majalah muzik ROTTW. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, mereka dihubungi oleh komuniti muzik Internet Demoplanet.tv yang menawarkan penajaan untuk membikin video muzik. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti Blast Off. \ Lesson of the Season Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Lesson of the Season yang ddiisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan gaya pop-punk/rock alternatif. Lagu hit "Silly Lily" menduduki tangga teratas di carta hitz.fm Malaysian Top Ten selaam 8 minggu dan carta Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Single berbahasa Melayu pertama mereka, "Situasi" pula menduduki tangga #1 di carta XFresh FM serta mencapai tangga #3 di Carta Era selama 3 minggu. Pada tahun 2009, Kumpulan Bunkface menggondol anugerah Rockstar, Break Out dan juga The Ultimate Shout! Award di upacara Shout! Awards pertama anjuran 8TV di Stadium Bukit Jalil. Pencapaian mereka di majlis penganugerahan urban tersebut menarik minat pihak penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) dari Australia yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di pesta yang diadakan di Perth pada 16–18 Oktober 2009, sekaligus menandakan kali pertama mereka membuat persembahan di luar negara. Through My Window Bunkface menyertai kempen Everyone Connects anjuran TM dan menyanyikan lagu "Through My Window" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara.Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di Facebook mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut.Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di Jalan Bukit Bintang pada 21 November 2009. Phobia Phoney Pada Mac 2010, Bunkface mengeluarkan album penuh pertama mereka, iaitu Phobia Phoney yang terdiri daripada empat lagu Melayu dan enam lagu Inggeris, termasuk single-single hit seperti "Situasi", "Revolusi", "Prom Queen" dan "Soldier".

fan bunkface punyer pic... hahaha

MUZIK iNDie

Hye... love u dear amer... haha (prasan je ni) - gambar Katy Perry Dalam bidang muzik popular, indie ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan kebebasan dari label rakaman komersil terbesar serta pendekatan buat sendiri dan bebas dalam rakaman dan penerbitan muzik. Istilah indie berasal dari perkataan Inggeris "independent" (bebas), oleh itu pemuzik indie juga dikenali sebagai pemuzik bebas. Label-label bebas ini dikenali kerana bersungguh-sungguh meminimumkan kawalan dan pengaruh terhadap artis-artis yang diwakilinya, iaitu mengelakkan amalan merapikan artis seperti yang dilakukan label rakaman terbesar. Artis-artis yang bernaungkan label indie biasanya lebih tertumpu pada penerbitan karya muzik bermutu daripada mengejar kekayaan atau kenamaan semata-mata. Artis-artis ini menghasilkan muzik luar biasa kerana tidak dihalang oleh label rakaman. Label rakaman bebas Label-label bebas panjang sejarahnya dalam memupuk perkembangan dalam muzik popular sejak zaman selepas perang di Amerika Syarikat yang diterajui label-label seperti Sun Records, King Records, Stax, dsb. Pada 1950-an dan 1960-an di United Kingdom, syarikat-syarikat rakaman utama begitu berkuasa pengaruhnya hinggakan label-label bebas sukar bernafas. Terdapat sebilangan penerbit British yang melancarkan label bebas sebagai saluran keluar untuk karya-karya dan artis-artis kegemaran mereka, tetapi kebanyakan besarnya gegal mencuri tumpuan di peringkat komersil ataupun ditelan oleh label terbesar. Zaman punk rock menyaksikan label-label bebas tumbuh bagai cendawan. UK Indie Chart disusun buat kali pertama pada tahun 1980, manakala pengedaran muzik bebas menjadi lebih teratur mulai akhir 1970-an. Pada akhir 1980-an, label Sub Pop yang bertapak di Seattle menjadi pusat persada muzik grunge. Pada akhir 1990-an dan 2000-an, berikutan kebangkitan fail mp3 dan tapak muat turun digital seperti iTunes yang mengubah wajah industri rakaman, timbulnya persada muzik Neo-soul scene dari dunia soul bawah tanah di London, NYC, Philadelphia, Chicago dan L.A., kesan tumpuan berat sebelah label-label utama dan radio komersil terhadap pemasaran, promosi dan penyiaran muzik pop dan hip-hop ketika ini. Artis bebas dan teknologi Teknologi Internet membolehkan para artis memperkenalkan muzik mereka kepada orang ramai pada kos rendah tanpa terpaksa bersekutu dengan label rakaman utama.Reka bentuk perisian muzik digital menggalakkan penemuan muzik baru. Laman-laman mana yang lebih berisi pustaka lagunya adalah yang paling berjaya, sekaligus membuka banyak peluang untuk pemuzik indie memperluaskan karya. Royalti dari perkhidmatan digital terbukti sebagai punca pendapatan yang penting. Jika seseorang artis sudah membiayai rakaman, pembuatan dan promosi albumnya, maka sedikit sahajanya kos tambahan untuk mengedarkan muzik artis bebas ini di Internet.Perkhidmatan digital menawarkan peluang mendedahkan artis kepada peminat baru, sekaligus meningkatkan jualan melalui peruncit di Internet. Artis-artis juga boleh mengeluarkan muzik dengan lebih kerap dan lebih cepat di Internet. Tambah lagi, artis juga boleh memilih untuk mengeluarkan bahan-bahan edisi terhad, habis dijual, atau live yang terlalu mahal untuk diterbitkan dengan cara lama. Menyertai label utama atau kekal bebas Sesetengah pemuzik enggan menyertai label utama walaupun diberi peluang. Begitu juga, ada yang memilih untuk menjadi indie selepas berpengalaman di label utama, contohnya pemain piano Bradley Joseph. Sebagai artis bebas, perniagaan itu membimbangkan sekali dan boleh bermaharajalela jika tidak terkawal, kata Joseph."Ramai pemuzik tidak menghayati perniagaan. Anda cuma perlu mahir dalam kedua-dua bidang. Anda harus memahami penerbitan. Anda haris memahami cara mencari rezeki, permintaan pasaran, dan cara-cara menyerlahkan bakat anda. Sekiranya beralih ke label utama, tidak semestinya terjamin kejayaan pemuzik. Hanya 10% CD keluaran label utama mampu menguntungkan label.Seseorang artis boleh memperoleh pendapatan dari menerbitkan dan memasarkan CD sendiri daripada menyertai label utama. Namun begitu, label bebas yang berdaya kreatif tidak semestinya lumayan. Label-label bebas biasanya terdiri daripada seorang dua pengendali yang tiada bantuan dari luar dan berpejabat kecil.Kekurangan sumber amat menyukarkan artis mencari rezeki dari jualan semata-mata. Seseorang artis yang ingin mendapatkan perhatian label utama boleh melancarkan label bebas sendiri. Label bebas yang berjaya dengan reputasi muzik yang kukuh mudah menarik label utama. Label utama bergantung pada label bebas untuk mengikuti perkembangan dunia muzik yang berubah tanpa henti.Label-label bebas terbukti keberkesannya dalam mencari bakat baru dan mempopularkan genre-genre khusus. Tiga langkah utama untuk seseorang artis mencari pendapatan ialah urus janji rakaman, jelajah, dan hak penerbitan. Kontrak label utama Kebanyakan artis label utama memperoleh royalti pada kadar 10-15%, tetapi sebelum menerima apa-apa royalti, artis mesti melangsaikan semua hutang label mereka, iaitu perbelanjaan boleh tutup yang timbul dari kos-kos seperti pembungkusan dan seni album, sokongan jelajah, dan pembikinan video, di samping juga bayaran pendahuluan artis berupa pinjaman yang membolehkan artis mendapatkan wang untuk menampung kehidupan dan proses perakaman sehingga hasil rakamannya dikeluarkan. Bagaimanapun, sebelum boleh meraih royalti, bayaran pendahuluan itu mesti dibayar balik sepenuhnya kepada label rakaman. Memandangkan hanya artis-artis paling berjaya sahaja yang dapat menutup kos penerbitan dan pemasaran, bagi artis yang tidak berjaya pula, hutangnya terpaksa dibawa ke album seterusnya, tiadanya royalti bagi mereka. Kontrak label bebas Kontrak label bebas biasanya berupa kontrak yang ditawarkan oleh label utama kerana serupa dari segi tanggungan yang harus ditentusahkan sebelum menaungi seseorang artis. Cuma adanya sedikit perbezaan, biasanya mengenai royalti. Lazimnya, label-label bebas menawarkan peratusan royalti lebih tinggi kerana kos penerbitan biasanya amat rendah berbanding label utama, seperti kurang tumpuan kepada pemasaran dan sebagainya. Penerbitan Jika seseorang artis atau kumpulan muzik menulis karya sendiri, maka penerbitan boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk meraih keuntungan, dan juga antara sebilangan kecil kaedah mencari rezeki yang terjamin bagi para artis. Jelajah gig dan konsert tidak pasti menjana duit kerana ada kemungkinan tiada sesiapa yang ingin menghadiri persembahannya. Undang-undang hak cipta asas melindungi penggubah muzik dengan memberikan hak eksklusif kepada mereka untuk membenarkan penghasilan semula, pengedaran, atau persembahan karya-karya mereka, atau sebaliknya. Kebanyakan pendapatan penerbitan artis timbul dari hak mekanik dan persembahannya. Hak mekanik meliputi penghasilan semula lagu dalam rakaman. Dalam sesebuah kontrak am antara pemuzik dan labelnya, pihak label diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar penggubah pada kadar yang tertentu bagi setiap lagu semata-mata untuk menggunakan karya terbabit dalam rakaman yang dikomersilkan.Bagi hak persembahan pula, hak cipta lagu meliputi setiap kali lagu tersebut berkumandang di radio dan televisyen. Dewasa ini, Internet semakin pesat mencipta kaedah penerbitan baru untuk pemuzik bebas. Wujudnya perkhidmatan-perkhidmatan pengedaran muzik indie melalui Internet dengan berbagai-bagai kaedah pembayaran, yang membolehkan para artis mencapai audiens yang lebih luas daripada biasa