amer1!!

amer1!!
Foto saya
Aku budak skulah rendah.. huhu prasan je tue.. tak caye?? cube korang tanye ape itu cinta?? jwpan aku urmm satu belon bentuk hati yg berisi air.. haha..aku ske ape sje yg meng-epykn diri aku... xkire ngumpat owg ker, kianat ke,mncuri ker.. pape sje yg bley buat aku ase bebas.. tapi contoh2 tu aku ckp je.. takkan buat pon.huhu.. stiap ari aku bangun pg ngadap cermin aku tringat david beckham.. korang tau tak knapa?? aku tak kate pon aku cam beliau tapi hard to say ar,,,heheh. ramai orang emang tak puas ati ngan aku! diorang kate aku ni ade pnyakit sebab aku terlalu baek.. aku taktau nak buat camner... sebab ianye dari aku lahir dah emang gitu.. sejak azali... mungkin dah kturunan kowt. huhu.

fooollower

Selasa, 6 Julai 2010

PARKOUR

PARKOUR
Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia.Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitarandari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse. David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang. Parkour merupakan satu aktiviti fizikal, dimana ia sukar untuk dikategorikan. Ia bukan satu sukan yang ekstrim,tetapi merupakan satu latihan atau pegerakan yang ada sedikit pertahanan diri.Mengikut kepada David Belle, aspek fizikal parkour ialah untuk melepasi halangan yang berada dilaluan semasa kecemasan.Sekiranya anda mahu bergerak dengan pelbagai cara, dengan sebarang gerakan, ia akan memberi anda keuntungan yang paling asas untuk seseorang/sesuatu sekiranya ia mahu melarikan diri dari ia, atau mengejar kepada ia. Jadi, bila berhadapan dengan seseorang, salah seorang akan bercakap, berlawan atau melarikan diri. Seperti seni bela diri, parkour merupakan satu bentuk latihan untuk terbang. Disebabkan ia sukar untuk dikategorikan, ia selalunya disebut "parkour ialah parkour".
Terdapat beberapa pergerakan yang dikenalpasti dahulu dalam parkour daripada gimnastik, dimana ia tidak mempunyai senarai pergerakan yang baik. Setiap halangan yang dihadapi oleh traceur menunjukkan satu cabaran yang unik, bagaimana mereka menyelesaikannya secara efisien, ini bergantung jenis tubuh badan mereka, kepantasan, dan kedudukan pendekatan/kemasukan, dan struktur fizikal badan dari halangan, dan sebagainya. Parkour ada hubungkait latihan untuk bertindakbalas kepada setiap halangan mengikut kesesuaian dengan teknik yang berkesan. Kerapnya, teknik tersebut tidak boleh dan tidak perlu dikumpulankan dan diberi satu nama. Dalam kebanyakan kes teknik parkour yang berkesan, ia bergantung pada berat badan dan penggunaan dari momentum kepada kepantasan pergerakan badan yang tampak susah dan sukar. Penggunaan tenaga dalam menyerapkannya untuk melakukan pergerakan seperti gulingan badan bila mendarat, dimana ia mengurangkan kesan impak pada kaki dan tulang belakang, yang mana membolehkan seorang traceur melompat dari tempat yang tinggi berbanding dari tempat yang dikatakan rasional untuk akrobatik dan gimnastik. Menurut David Belle,sekiranya mahu bergerak dalam pergerakan yang membantu untuk mendapat asas seperti ia mahu untuk melepaskan diri atau mengejar sesuatu. Juga, kemana juga pergi, pastinya ia boleh mendapatkan ia balik, sekiranya dari A ke B, ia perlu boleh balik dari B ke A, tetapi ia tidak semestinya dengan pegerakan yang sama atau passements. Walaubagaimanapun, banyak teknik asas yang penting untuk amatur/novis pada keserba-bolehan dan kebolehan mereka. Teknik yang paling penting adalah melompat dan mendarat. Gulingan juga ditekan sebagai asas penting perlu dipelajari dalam mengehadkan impak selepas melompat dan meneruskan momentum kehadapan. Banyak traceur menghadapi masalah sendi apabila melakukan lompatan dan gulingan yang salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini