amer1!!

amer1!!



Foto saya
Aku budak skulah rendah.. huhu prasan je tue.. tak caye?? cube korang tanye ape itu cinta?? jwpan aku urmm satu belon bentuk hati yg berisi air.. haha..aku ske ape sje yg meng-epykn diri aku... xkire ngumpat owg ker, kianat ke,mncuri ker.. pape sje yg bley buat aku ase bebas.. tapi contoh2 tu aku ckp je.. takkan buat pon.huhu.. stiap ari aku bangun pg ngadap cermin aku tringat david beckham.. korang tau tak knapa?? aku tak kate pon aku cam beliau tapi hard to say ar,,,heheh. ramai orang emang tak puas ati ngan aku! diorang kate aku ni ade pnyakit sebab aku terlalu baek.. aku taktau nak buat camner... sebab ianye dari aku lahir dah emang gitu.. sejak azali... mungkin dah kturunan kowt. huhu.

fooollower

Khamis, 18 November 2010

Kerja KOSONG bila free

Assalamualaikum semua, korang sihat ke tidak? jaga la kesihatan korang yerp.
AMARAN : Okay post kali ini tak ada la besar mana pun isu yang diketengahkan tapi memang sebelum ni post2 aku tak ada apa2 sebab korang tau la kan dah singgah ke blog aku ni memang buang mase korang sebab blog aku yang tiada apa2 yang bermanfaat tuk korang sekadar nak hepy2 bley lah. Tapi aku tak cakap semua orang, sesetengah je.haha. dah aku cakap camni, tak minat tu sila2 lah KELUAR dari laman sosial ini.
Sambung Topik!!
Korang pernah sedar tak bila kipas berpusing, angin pun ada. okay gurau je, Apa yang aku nak bicarakan pada post kali ini ialah apa kebenda yang tidak bermakna,berfaedah yang korang suka buat,lakukan, amalkan bila korang dah ada waktu yang very2 lapang? Tapi kalau dah aktiviti yang terok2,kotor2, 18sx tu tak perlulah korang kongsikan ya. jangan bagitau aku sebab page aku ni page budak2 kecik,tadika yang visit. korang andaikan sendiri tak perlu diberitahu sebab maruah korang, korang la jaga ye. *gambar kat atas tu contoh2 yang aku boleh tunjukkan kat korang bagaimana reaksi manusia apabila menghadapi saat2 yang cam dah diceritakan kat atas ayat yang ini.huhu hidup ini penuh dugaan.. ni la perkara yang aku suka buat bila takde apa2 nak buat time free. nak study tu dah malas.huhu. Tapi kadang2 rajin gak - Ayat cover.so korang kena abaikan kenapa aku letak pics ni ok. (suka2 only)

-Click the image if you want to see more bigger- Teruskan apa yang korang suka buat asal maju la diri korang tu jangan sampai terpesong sebab benda yang boleh membazirkan masa itu kalau korang amalkan, haram,yang kadang2 korang suka buat,adalah makruh. So fikirkanlah gemana yang betul,salah,benar dan tepat. ok tata.. sory kat korang aku lambat update. I lost my head for a while.ngee.. :p - www.davedays.com - check out the new videos.

Selasa, 16 November 2010

Jumpa emas kuning kat GIANT MALL

Shopping time..
Wau sempena Cuti Sekolah ini, aku terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kat korang wahai pendatang asing ke blog aku ni yang serba kekurangan,so korang jangan komen pape ya.Korban jangan tak korban. aku nak karang or kongsi aritu aku dengan kakak tercinta cewah, kakak aku ni tua dah.Kahwin dah kot.haha. lawat blog dye - Nurhani Azlan. Aku aritu pergi shopping dengan dye.. tak patut disebut dengan perkataan tu pun sebab actually kitowang takde la beli2, cuma ingin melangkah kaki untuk mencecah dunia seperti insan biasa juga yang ingin melihat dan mengikuti perkembangan dunia luar. maksud dari ayat aku yang panjang bermeter2 ni ialah tak nak duduk terperap je dalam home sweet home aku at 'Bandar' Gong Badak.. Cewah.
Sebelum itu terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada budak baek tu name dye people biasa panggil 'Amer'. sebab dye dah dewasa kerana mempunyai lesen B2. pasni lesen B k.
Pastikan kasi motor besar2 punye ye.hahaha bukan untuk membangga diri, bukan tuk memperbesarkan diri. bangge diri lame2 makan diri laq kan. tapi cuma ingin berkongsi dengan korang yang aku dah ley pergi rumah korang raya ni or tahun depan insyaallah. (friends only ya). Pasal ni, jangan marah,jangan menyampah, lau menyampah jugak sila get lost from my blog. I dont care. haha dah marah dah ni. Ok balek topik awal tadi, aku masa pergi makan angin, aku tetap enjoy. ooh ya, aku terjumpe kawan aku name dye Mira (nah aku kasi facebook dye)haha. aku taknak berkarang panjang so aku cuma bley pamer gambar seksi eh silap2, gambar me n my sister at tuutt mall. Ohh ya, pasal tajuk post kali ni, memang la lelebih yoyo oll je kan aku memang sengaja bab nak korang baca post aku lau korang tak keberatan tapi ape2pun 'emas' kuning yang dimaksudkan tu adalah jam tangan yang takde la brand mane tapi aku anggap branded punyer la. so aku 'jumpe' tu aku beli la. (lihat di tangan aku at gambar,atas) :p *korang nak tau?, kakak kat jual baju tu marah bab aku maen test2 baju tapi tak beli.haha

Selasa, 9 November 2010

pembohongan

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Isnin, 8 November 2010

Hujung minggu dengan HANTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, indah murni,indah khabar.. rupa yang diusik tetap tidak berganjak..
Cerita kali ni sebenarnye tak ada la berkait mana dengan tajuk yang aku beri tu tapi akan ku kaitkan juga tajuk tu dengan post kali ni. - aku buatkan short story berdasarkan kisah sebenar...
Chapter 1
Selepas subuh, handphone aku berdering. kenape? ooo tak ingat yang aku set semalam sebab nak bangun awal. aku nak keluar pagi ni nak pergi bandar sebab kawan2 aku yang kelas sebelah ajak. bukan kelas aku, tapi kelas tepi kelas aku. ready awal sebab nak berhiaskan diri. kekemasan perlu ada pada sorang yang ingin berwatakan gentle. well..haha. sambung citer,plan ni dah dirancang dari awal2. tapi sebab cuaca yang tak menentu, minggu yang bertembung dengan exam,so kitowang lewatkan tarikh ni tapi takpe,asal berlangsung cam yang nak. bila dah siapkan diri, aku pun bertolak la ke bandar sorang diri dengan berkeadaan yang bersederhana maksud aku dari segi kewangan duit poket aku masa tu.haha.
Chapter 2
Bila aku dah sampai tengah kota, memang first cari tempat bertembung sesama masing2 so kitowang pilih satu mall tuk jadikan tempat pertemuan. cewah macam kelab2,pertubuhan something jew ni tapi kitowang cuma kawan yang tak berupa di mata dunia. kitowang dalam 5,6 orang bertemu kat pusat shopping. setiap orang tu alar nak kata, macam nak pergi set pergambaran je dari segi pakaian tu. bergaye punye lebih. haha. erm pastu dah termenung due 3 tika saat, kitowang pergi la lepak kat mane tempat yang boleh duduk n sembang. order la air sementara termenung. sembang tu sembang tapi apa yang menarik bila sembang kitowang dah dicampur dengan gosip2,kritik2,puji2 orang yang lalu lalang depan kitowang.haha pelbagai spesies tuk dikaji mase tu. yang begitu, begini pun ade..tak lupe juga tuk ganggu para mat sotong. awek2 yang menjolok mata kitowang ni dah dosakan kitowang.haha (padahal mata sorang2 cam spotlight duk skodeng). Nak buat macam mane bila di tahap kebosanan, itulah kerja saya, eh kerja kami.huhu.Bila dah berkaraoke, makan western food bersama2 tuk tambah energy n naekkan duet kitowang, buat Shuffle n tecktonic (tarian jalanan) dah sampai masanya aku balek sebab letih jugak jalan seharian.
Chapter 3
Bila dah bersalaman, kitowang pun mula la lambaikan tangan menandakan tanda 'ambat' ( halau ). dalam perjalanan balek tu,hari dari mendung petang, bertukar la menjadi sedikit kegelapan. Aku balek tu dalam kereta. yang dipandu oleh pemandu tetap aku iaitu my sister.haha. erm sebelum sampai umah, perasaan aku kian merundah2, seakan2 merasa sesuatu yang tidak kena ditempatnya. aku menengok disebelah aku iaitu di seat driver sedang kakak ku yang tidak menyedari apa2 kerana khusyuknya dye dengan bahan ditelinganya yang sentiasa melekat iaitu earphone yang asyik berkumandang lagu2 korea. entah ape yang special entah lagu2 korean ni. padahal lagu industri tanah air kita lagi bagus dan bermutu. Beli dan Sokonglah Barangan Malaysia. cewah.haha. sambung story, keadaan aku tidak ingin berkata2 apa pada ketika itu kerana kehausan penat. bila dah sampai di perumahan berhampiran dengan rumahku syurgaku, aku merasakan lagi sesuatu yang tidak kena. keadaan ku mula gusah. aku berpeluh di dalam air-cond. aku pucat. aku berasa sangat berdebar. hatiku begitu kencam dengan denyutan jantung yang berbunyi dup dap dup dap beratus2 kali. suasana pula begitu gelap sehingga tidakkan ternampak bayangan bintang disebalek awan yg berkepul2. kabus pula melelapkan mataku yang rabun ni. aku merasa seperti sesuatu membisikkan kepada diriku. ternampak juga bayangan putih di sudut perumahan yang gelap mukenya dan melambai2 kepada ku. apabila sampai di rumah, aku terus berlari meninggalkan kereta dan kakakku. inginku selamatkan diri sahaja daripada sesuatu yang membuatkan aku berasa sangat tidak kena. mungkin aku tidaklah seperti lelaki gagah dan sejati . adakah ianya gangguan makhluk halus? syaitan? jin? tanpa memikirkan masa depan, aku meneruskan perjalanan (ayat nabil) ke dalam rumah. Tiba2!!.......................................................
Hajatku untuk menyelamatkan diri daripada sesuatu yang menggerunkan diriku telah berjaya!! dengan satu langkah seribu dan tekan suis lampu, aku berjaya masuk ke jamban dengan masa yang tinggal cuma nyawa2 ikan sebelum meletus. Segalanya telah berakhir disitu. masa depan aku berjaya diselamatkan dengan satu tarikan flush jamban. perasaan semua itu telah hilang bila aku dah lepaskan semuanye di dalam lubang jamban.hahahahahahaha. leganye...................... :p
seram tak kisahku ini????
*aku banyak reka,edit,dan tambah citer ni. so korang jangan marah ye. :)
TAMAT

Jumaat, 5 November 2010

Perginya seorang kawan baek. bye2.. :p

intro : Kali ni aku taip kat blog ni sempena akhir tahun ni, aku nak kongsi kat korang tentang aku terhadap KOMSTAR ( Smk Kompleks Seberang Takir). ape yang aku nak bagitau?, selama aku duduki Komstar selama 4 tahun,kelas yang sama aku duduki, aku ade kawan. Laki la. tak main pompuan2. dye dah nak pindah sekolah. atas alasan dan sebab yang tak boleh dielak iaitu pasal family dye. 4 tahun kami sekelas berjuang dengan dye, tempuh dugaan bersama, hepy ceria bersama, makan kat kantin, n selebihnya. Tapi apa nak buat? dah takdir..
about him : anyway, dye merupakan leader kelas kami iaitu sebagai KETUA KELAS dari form 1 Arif,2 Arif,3 Arif n 4 Arif. Lagi satu tahun tak cukup untuk sempurnakan zaman sekolah menengah kami. Jawatan ketua kelas tu mungkin korang pembaca anggap tak penting mane tapi bagi kami, jawatan tu merupakan satu jawatan yang banyak memikul beban tekanan dan satu pengorbanan yang besar dari segi masa yang pelu diluang untuk ketua kelas ni, dan psikologi jugak kalau anak buah buat hal cam berak lam kelas.( tak pernah dibuat lagi.) nak tahu detail pasal budak ni, pergi ke websitenye lau ade. cewah nak promote.
Tugasnya : Dye la pemegang amanah yang sangat penting dalam membentuk pelajar yang sihat dari segi pelajaran dan disiplin, iaitu mencatat kehadiran pelajar, mengutip cukai kelas kami, membelebelkan kami sekelas,huhu, memang sedih sebab tahun ni, 2010 tak ada jamuan untuk menyambut kepergian ko (laen macam bunyi,haha) tapi nasib baek ade lagi jamuan laen seperti yang dianjur oleh Badan Koperasi sekolah.
terima kasih tak terhingga tuk engko wahai captain kami sekelas tak sempat nak balas jasa ko, tapi sempat lagi la insyaallah sempat balas salam ko.. sambung balik, dye macam hero bagi kami.huhu
Gud Luck untuk exam ko nanti yew. Telemong pun Telemong la.. Janji rock. (Telemong ade line untuk calling tak? haha)
Para Blogger 4 Arif actually pakat nak karang sal ko kat blog pik eay..haha. erm aku n rara minami je asenye.
- Aku karang semua ni dalam bentuk yang skema yang merangsangkan pemikiran aku dengan dunia luar. Malu siot tapi tuk ko terpaksa jelar.. haha.. Click here to see his profile but only on Facebook. Sory ya.. :p -