amer1!!

amer1!!



Foto saya
Aku budak skulah rendah.. huhu prasan je tue.. tak caye?? cube korang tanye ape itu cinta?? jwpan aku urmm satu belon bentuk hati yg berisi air.. haha..aku ske ape sje yg meng-epykn diri aku... xkire ngumpat owg ker, kianat ke,mncuri ker.. pape sje yg bley buat aku ase bebas.. tapi contoh2 tu aku ckp je.. takkan buat pon.huhu.. stiap ari aku bangun pg ngadap cermin aku tringat david beckham.. korang tau tak knapa?? aku tak kate pon aku cam beliau tapi hard to say ar,,,heheh. ramai orang emang tak puas ati ngan aku! diorang kate aku ni ade pnyakit sebab aku terlalu baek.. aku taktau nak buat camner... sebab ianye dari aku lahir dah emang gitu.. sejak azali... mungkin dah kturunan kowt. huhu.

fooollower

Jumaat, 4 Jun 2010

BanD yg Ku Minati tahap low cRazy

HUJAN- Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers. Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff. Terkini, mereka baru manghabiskan konset jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" yang telah di adakan di seluruh negara. Jelajah itu di akhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke eropah setelah di undang bagi bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London. Ahli-ahli Noh - Pencipta Lagu & Penulis Lirik, Vokal , Gitar AG Coco - Gitar, Ambobzeela/Acer - Dram Dimas - Keyboard Izzat Auburn - Bes,Pengganti ------------------------------------------------------- bUnKfAcE Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window. Pembentukan Gambar promo undian Bunkface di Blast Off Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor, .Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, "Crazy Amanda Bunkface", yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Battle of the Bands anjuran majalah muzik ROTTW. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, mereka dihubungi oleh komuniti muzik Internet Demoplanet.tv yang menawarkan penajaan untuk membikin video muzik. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti Blast Off. \ Lesson of the Season Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Lesson of the Season yang ddiisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan gaya pop-punk/rock alternatif. Lagu hit "Silly Lily" menduduki tangga teratas di carta hitz.fm Malaysian Top Ten selaam 8 minggu dan carta Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Single berbahasa Melayu pertama mereka, "Situasi" pula menduduki tangga #1 di carta XFresh FM serta mencapai tangga #3 di Carta Era selama 3 minggu. Pada tahun 2009, Kumpulan Bunkface menggondol anugerah Rockstar, Break Out dan juga The Ultimate Shout! Award di upacara Shout! Awards pertama anjuran 8TV di Stadium Bukit Jalil. Pencapaian mereka di majlis penganugerahan urban tersebut menarik minat pihak penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) dari Australia yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di pesta yang diadakan di Perth pada 16–18 Oktober 2009, sekaligus menandakan kali pertama mereka membuat persembahan di luar negara. Through My Window Bunkface menyertai kempen Everyone Connects anjuran TM dan menyanyikan lagu "Through My Window" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara.Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di Facebook mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut.Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di Jalan Bukit Bintang pada 21 November 2009. Phobia Phoney Pada Mac 2010, Bunkface mengeluarkan album penuh pertama mereka, iaitu Phobia Phoney yang terdiri daripada empat lagu Melayu dan enam lagu Inggeris, termasuk single-single hit seperti "Situasi", "Revolusi", "Prom Queen" dan "Soldier".

fan bunkface punyer pic... hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan