amer1!!

amer1!!



Foto saya
Aku budak skulah rendah.. huhu prasan je tue.. tak caye?? cube korang tanye ape itu cinta?? jwpan aku urmm satu belon bentuk hati yg berisi air.. haha..aku ske ape sje yg meng-epykn diri aku... xkire ngumpat owg ker, kianat ke,mncuri ker.. pape sje yg bley buat aku ase bebas.. tapi contoh2 tu aku ckp je.. takkan buat pon.huhu.. stiap ari aku bangun pg ngadap cermin aku tringat david beckham.. korang tau tak knapa?? aku tak kate pon aku cam beliau tapi hard to say ar,,,heheh. ramai orang emang tak puas ati ngan aku! diorang kate aku ni ade pnyakit sebab aku terlalu baek.. aku taktau nak buat camner... sebab ianye dari aku lahir dah emang gitu.. sejak azali... mungkin dah kturunan kowt. huhu.

fooollower

Isnin, 8 November 2010

Hujung minggu dengan HANTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, indah murni,indah khabar.. rupa yang diusik tetap tidak berganjak..
Cerita kali ni sebenarnye tak ada la berkait mana dengan tajuk yang aku beri tu tapi akan ku kaitkan juga tajuk tu dengan post kali ni. - aku buatkan short story berdasarkan kisah sebenar...
Chapter 1
Selepas subuh, handphone aku berdering. kenape? ooo tak ingat yang aku set semalam sebab nak bangun awal. aku nak keluar pagi ni nak pergi bandar sebab kawan2 aku yang kelas sebelah ajak. bukan kelas aku, tapi kelas tepi kelas aku. ready awal sebab nak berhiaskan diri. kekemasan perlu ada pada sorang yang ingin berwatakan gentle. well..haha. sambung citer,plan ni dah dirancang dari awal2. tapi sebab cuaca yang tak menentu, minggu yang bertembung dengan exam,so kitowang lewatkan tarikh ni tapi takpe,asal berlangsung cam yang nak. bila dah siapkan diri, aku pun bertolak la ke bandar sorang diri dengan berkeadaan yang bersederhana maksud aku dari segi kewangan duit poket aku masa tu.haha.
Chapter 2
Bila aku dah sampai tengah kota, memang first cari tempat bertembung sesama masing2 so kitowang pilih satu mall tuk jadikan tempat pertemuan. cewah macam kelab2,pertubuhan something jew ni tapi kitowang cuma kawan yang tak berupa di mata dunia. kitowang dalam 5,6 orang bertemu kat pusat shopping. setiap orang tu alar nak kata, macam nak pergi set pergambaran je dari segi pakaian tu. bergaye punye lebih. haha. erm pastu dah termenung due 3 tika saat, kitowang pergi la lepak kat mane tempat yang boleh duduk n sembang. order la air sementara termenung. sembang tu sembang tapi apa yang menarik bila sembang kitowang dah dicampur dengan gosip2,kritik2,puji2 orang yang lalu lalang depan kitowang.haha pelbagai spesies tuk dikaji mase tu. yang begitu, begini pun ade..tak lupe juga tuk ganggu para mat sotong. awek2 yang menjolok mata kitowang ni dah dosakan kitowang.haha (padahal mata sorang2 cam spotlight duk skodeng). Nak buat macam mane bila di tahap kebosanan, itulah kerja saya, eh kerja kami.huhu.Bila dah berkaraoke, makan western food bersama2 tuk tambah energy n naekkan duet kitowang, buat Shuffle n tecktonic (tarian jalanan) dah sampai masanya aku balek sebab letih jugak jalan seharian.
Chapter 3
Bila dah bersalaman, kitowang pun mula la lambaikan tangan menandakan tanda 'ambat' ( halau ). dalam perjalanan balek tu,hari dari mendung petang, bertukar la menjadi sedikit kegelapan. Aku balek tu dalam kereta. yang dipandu oleh pemandu tetap aku iaitu my sister.haha. erm sebelum sampai umah, perasaan aku kian merundah2, seakan2 merasa sesuatu yang tidak kena ditempatnya. aku menengok disebelah aku iaitu di seat driver sedang kakak ku yang tidak menyedari apa2 kerana khusyuknya dye dengan bahan ditelinganya yang sentiasa melekat iaitu earphone yang asyik berkumandang lagu2 korea. entah ape yang special entah lagu2 korean ni. padahal lagu industri tanah air kita lagi bagus dan bermutu. Beli dan Sokonglah Barangan Malaysia. cewah.haha. sambung story, keadaan aku tidak ingin berkata2 apa pada ketika itu kerana kehausan penat. bila dah sampai di perumahan berhampiran dengan rumahku syurgaku, aku merasakan lagi sesuatu yang tidak kena. keadaan ku mula gusah. aku berpeluh di dalam air-cond. aku pucat. aku berasa sangat berdebar. hatiku begitu kencam dengan denyutan jantung yang berbunyi dup dap dup dap beratus2 kali. suasana pula begitu gelap sehingga tidakkan ternampak bayangan bintang disebalek awan yg berkepul2. kabus pula melelapkan mataku yang rabun ni. aku merasa seperti sesuatu membisikkan kepada diriku. ternampak juga bayangan putih di sudut perumahan yang gelap mukenya dan melambai2 kepada ku. apabila sampai di rumah, aku terus berlari meninggalkan kereta dan kakakku. inginku selamatkan diri sahaja daripada sesuatu yang membuatkan aku berasa sangat tidak kena. mungkin aku tidaklah seperti lelaki gagah dan sejati . adakah ianya gangguan makhluk halus? syaitan? jin? tanpa memikirkan masa depan, aku meneruskan perjalanan (ayat nabil) ke dalam rumah. Tiba2!!.......................................................
Hajatku untuk menyelamatkan diri daripada sesuatu yang menggerunkan diriku telah berjaya!! dengan satu langkah seribu dan tekan suis lampu, aku berjaya masuk ke jamban dengan masa yang tinggal cuma nyawa2 ikan sebelum meletus. Segalanya telah berakhir disitu. masa depan aku berjaya diselamatkan dengan satu tarikan flush jamban. perasaan semua itu telah hilang bila aku dah lepaskan semuanye di dalam lubang jamban.hahahahahahaha. leganye...................... :p
seram tak kisahku ini????
*aku banyak reka,edit,dan tambah citer ni. so korang jangan marah ye. :)
TAMAT

1 ulasan:

  1. what the fish ngumpat gua lak ni..
    best ape lagu korea.
    tau r layan jiwang karat..
    peh..

    anyway,bodoh betul ini cerita..

    BalasPadam